Thursday, June 16, 2011

janji manis ka janji busuk??!!

janji..... emmm... kat sini sapa tak pernah berjanji??? aku rasa semua org pernah berjanji kn?? xkn la xpenah janji apa2 kott???

haa... janji mmg senang nk di ungkapkan... tp berat nk di tunaikan or tepati... hurmmm... (aku pon pernah janji, dan xtepati pon)... haha.. di sini, sy mengajak rakan2, marilah ramai2 kita mengubah sikap kita.. xmau ubah pon.. sedaq sat pon xpa kot noh??


sesiapa yg berjanji, mesti bertanggungjawab utk menunaikan janji... tak kira la janji kt sapa pon.. janji pada Allah, janji kpada sesama manusia,, janji  kpada sesiapa sahaja...

pada yg selalu pi dating pon.. mesti pernah janji kn?? janji ngan awek@pakwe pukul 10. tp sampai pukul 11... tak ka panas org yg menunggu 2??? sapa yg selalu dating 2 tau la.. mesti dok kena marah ja sbb mai lambat.. haha...

emm.. sebelum mengungkapkan sesuatu janji tu, pikiq2 la dulu noh? jangan janji ikut suka hati ja.. hahah...


member janji. kita kena siap2 gak la... jangan dok wat xtau ja.. hahah......

MENANGIS LAH.......


SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?”Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.
Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”


Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya:
  • Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

  • Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.
Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?
Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?
Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

  • Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.
Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.
Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

PENGAJARAN... 
  • Seseorang manusia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya, oleh itu letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.
  • Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama pada alam kubur. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan yang amat penting. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
  • Menangis kerana ingatkan hari perhitungan. Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Wednesday, June 8, 2011

Alasan kenapa perempuan tak mahu tutup aurat..


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.





“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Friday, June 3, 2011

indie band~.....

Assalamualaikum....
penah degar x lagu ni?? bila aku sudah tiada? lagu untukmu..? lalala kerja...? aku scandal? gelap..?
ha.. sapa yg minat lagu2 dri band indie mesti la penah dgr kn?? emm... indie band kt malaysia skrg ni dah bertambah2 tambah... mcm cendawan tumbuh selepas hujan..... haha...
 
   
sapa kata lagu indie band xsyok??? aku rasa lagu indie la seronok... best pa.. kita leh dengar mcm2 jenis lagu yg dicipta oleh anak2 muda kt malaysia skrg... fuhh.. lagu pon layannn~ sonok2...
 


memang mcm2 lagu la kita bleh dengar dari indie band ni... mmg best.. bukan lagu bahasa melayu ja indie band ni... bahasa inggeris pon ada gk.... sapa2 yg xsuka sgt dgr lagu melayu.. indie pon ada lagu inggeris...
















ha.. sini aku bg la link nak tgk2 page indie2 band.. ada lagi.. tp aku bg sikit ja la..

http://www.jomgig.com/
http://lunaih.blogspot.com/
http://malaysiaindiescene.blogspot.com/
http://www.the-top-tens.com/lists/best-malaysian-indie-bands.asp
http://malayindie.blogspot.com/




ni aku bg hampa layan lagu yang pernah menjadi "juara lagu".... lagu untuk mu.... :)



Wednesday, June 1, 2011

EGO!!!

ASSALAMUALAIKUM... :)


Hai semua.. apa kabaq? basikal dah aku cakap.. skrg aku nk ckap pasal sifat manusia di dunia ini.. xkira la lelaki ka, perempuan ka, khunsa ka.. mak nyah ka.. or mix-mix skali pon.. semua org ada perasaan ini kn???
EGO!! EGO!! EGO!!


semua org ada perasan ego ni.... miskin,kaya,datuk,nenek,cucu,anak saudara,adik saudara, makcik, jurutera, doktor,petani, nelayan, suami, isteri, boyafren,girlfren, ka.. semua2 manusia yg ada di dunia ciptaan Allah ni.. semua ada perasaan ego kn?? termasuk la aku ni... :)




1) Pemarah

Pergh..yg ni..yg ni mmg sinonim dengan org yg  ego tinggi neh..cukup kuat marah..pantang silap sikit je,tak kena dengan citarasa dia,mmg jadi HULK lah jawabnya..pendek kata,sehari tak marah memang tak sah hidup dia.... haha...


2)Susah Menerima Pandangan Orang Lain

Haha..yg ni mmg betul..dah nama pun ego,so mana la nak terima pendapat atau pandangan org lain senang2 kn?..dalam otak depa dah set, depa ja betul..org lain salah..jenis ni la yg selalu dapat kata-kata macam ni bila argue, "em..hang je la yg betul"..

3) Cemburu Kuat


apa?? Ego tinggi pun cemburu ka?? ha!! mestilah..bagi orang ego,apa yg dia miliki,susah dia nak kongsi dengan orang lain..selalunya melibatkan insan tersayang..setakat makanan tu,depa  tak kisah sgt la.. tapi kalau bab insan istimewa, depa mmg jaga betul..so jangan la pertaruhkan nyawa hampa nak kacau insan-insan istimewa manusia ego tinggi nih..mengudang padah ja kott.,,,..hehe..

4) Selalu Nak Menang

Yg ni ada kaitan dengan point number 2.. kalau ada apa2 dengan sapa pun,mesti dia nak menang..cukup pantang dia kalah dengan orang lain...korang argue sampai kiamat pun,belum tentu dia mengalah..buang masa ja layan jenis ni..semua nak menang.. kalau dpt medal xpa gk!! hahaha..

5) Suka Menunjukkan Kelebihan Diri

Manusia ego ni cukup bangga dengan kelebihan diri..kalau tengok ada sapa2 bincang pasal apa2 ka,mesti dia nak mencelah..nak kata dia lebih pandai la. hebat la....annoying kan ??

6) Suka Mengongkong 

Hurm..yg ni mmg annoying la..org ego ni suka kongkong hidup orang lain.yela, sumua nak kena ikut cakap dia..sampai cara hidup pun kena ikut macam dia.. jenoh! la kan..??

7) Susah Nak Minta Maaf

hahhahaha...yg ni pun satu lagi..orang ego ni,dia salah ka,dia tak salah ka,dia cukup susah nak minta maaf..jaga ego beb..kadang-kadang je maybe dia minta maaf..tu pun nampak macam tak ikhlas..hehe..sabor je la..!!

haa.... sebenaqnya.. ada g byk jenis ego ni... aku harap sama2 la kita kawal ego kita 2 kn? sebab kita xsuka org yg ego.. jd kita pon jgn la ego sgt smpai org pon xsuka kt kita...

"renung-renungkan..., dan selamat beramal...".. :)

Sunday, May 29, 2011

FiXie bike...

haa.... assalamualaikum.. apa kabaq semua? haha... wat mcm ada ramai nk baca blog aku noh? hahaha...

nk kata apa hah? emmm.. sat2 nk pikiq..... eeemmmmm....

haa.... hampa penah dengar lagu basikal tua x?? haa.... nk tgk video klip dia? mai tgk kt bawah ni... mari mari.....

 ha.. tudia... hampa mesti penah dgr kn? sapa x kenal penyanyi dia....  kn??

ha.. bukan nk cerita pasal Sudirman... buka nk cerita pasal video klip... tp rasa nk cerita pasal basikal la plak.. org kedah panggil "gerek"....

                                                                   
                                                          basikal ni basikal apa xtau la...

                                     

                                                        basikal tua...........

ni dia gmbaq2 basikal...

masa dulu2 kita tau basikal penting sbgai pengangkutan kn?? hah.... sekarang mcm 2 jenis basikal dah yg ada... mcm2 design... budak2 muda skrg pon dah mnjadikan basikal sebagai hobi depa..... ha.. stu g kelebihan basikal , xpyah hbis duit nk buh minyak la.. save bajet... n bila kita kayuh basikal ni.. salah satu senaman jugak oo.... bleh kurus la mcm ni... haha....

dulu.. basikal bmx la.. apa la.. mcm2 la "gerek" yg ada... kdang2 ada hbiskan byak duit utk hiaskan basikal depa 2... emmm.. dah hobi la katakan... tp apa pon.. enjoyy.....

tudia!! sekarang ni dah jdi tren dah remaja2 pakai "fixie bike"... ha.... ni dia gmbaq fixie bike...